Tuesday 26 April 2016

PIPE CUTTING WORK HANDLING

Pengenalan kepada Gergaji Besi

1.      Definisi:

Gergaji besi adalah satu alatan yang digunakan untuk memotong logam kepada saiz tertentu dan alatan ini juga dapat memotong bahagian-bahagian logam yang nipis yang merupakan lebihan daripada bahagian yang telah ditanda.

2.    Bahagian-bahagian Gergaji Besi :

Di antara bahagian-bahagian yang terdapat pada gergaji besi ialah:-

                      a)      Bingkai
                      b)      Hulu
                      c)      Nat Pelaras
                      d)      Mata



Rajah 1: Bahagian - bahagian gergaji besi


Rajah 2: Contoh-contoh hulu dan bingkai gergaji besi


PIPE FABRICATION MATERIAL PREPARATION

Pengenalan kepada jenis - jenis Tap

Tap mempunyai tiga atau empat lurah pemotongan dibahagian batang hingga kebahagian hujungnya.  Lurah-lurah ini membentuk tepi pemotongan disamping berfungsi sebagai lorong untuk tatal keluar dengan mudah dan juga lorong untuk bendalir pemotongan turun ke tepi pemotongan.  Ia digunakan khusus untuk memotong benang dalam.

Batang tap berbentuk lurus, kepalanya berbentuk segiempat sama supaya boleh diputar dengan perengkuh.  Saiz dan jenis benang ditandakan pada bahagian batangnya.  Tap diperbuat daripada keluli berkarbon atau keluli tahan lasak yang dikeraskan atau dibaja.  Ia terdiri daripada berbagai-bagai saiz dalam ukuran metrik dan inchi.


Benang skru ialah ulir di sekeliling bolt,skru atau dalam lubang membentuk nat .Benang yang dibentuk disebelah dalam lubang atau nat dinamakan bebenang dalam.

Tap diperbuat beregu bagi setiap set dan ianya mengandungi tiga jenis tap iaitu:
1.    Tap Tirus
2.    Tap Palam
3.    Tap Bottoming


Tap Tirus
Bahagian hujung iaitu enam gigi ulirnya dan ditiruskan.  Fungsinya ialah supaya tap mudah masuk untuk memulakan pemotongan.  Bentuk tap ini yang tirus memudahkan ia berada dalam kedudukan tegak.

Tap Palam
Hanya tiga atau empat ulir dibuat tirus.  Tap ini digunakan selepas tap tirus, bagaimanapun dalam kerja-kerja harian tap palam ini jarang digunakan.

Tap Bottoming
Jenis ini mempunyai 1 atau 2 gigi ulir yang ditiruskan dihujungnya.  Tap bottoming boleh memotong ulir sehingga ke dasar lubang dan ianya sesuai digunakan untuk mengulir dalam lubang buntu.



PIPE SUPPORT FABRICATION

PENGENALAN KEPADA  KIMPALAN SMAW

Didalam proses asas kimpalan arka terdapat berbagai jenis proses yang perlu diketahui dalam kerja kimpalan. Ini juga termasuk juga mengenai punca tenaga yang digunakan saperti kuasa eletrik , generator dan sebagainya. Diantara proses kimpalan asas bagi kimpalan arka adalah saperti berikut :

   1)  Shielded Metal Arc Welding ( SMAW )
   2)  Gas Metal Arc Welding (GMAW)
   3)  Flux Cored Arc Welding ( FCAW)
   4)  Gas Tungsten Arc Welding  ( GTAW )
   5)  Submerged Arc Welding ( SAW )

Kimpalan arka elektrik atau kadakala dikenali sebagai kimpalan arka logam terlindung telah digunakan dengan pesatnya dalam kerja pembinaan , jambatan , kapal ,tangki , kerenderaan , mesin  dan sebagainya. Mesin kimpalan arka pada masa ini direka bentuk dan disesuaikan untuk kegunaan menyambung berbagai jenis logam nipis dan tebal. Proses kimpalan arka dapat dijalankan dengan mudah , cepat dan sempurna oleh pengimpal yang mahir. Disamping itu  penyenggaraan mesin kimpalan jenis ini adalah senang dan tidak rumit.



 
     
Haba panas ini akan terus melebur hujung elektrod dan logam asas lalu bersatu sebagai batas kimpal. Semakin tinggi rintangan ,semakin besar haba yang terjadi.



· Salutan elektrod pula akan terbakar dan mengeluarkan gas - gas dimana melindungi cairan logam panas dari kemasukan udara luar .  Ia juga akan menutupi permukaan batas sehingga sejuk dimana sebagai terak ( slag ).

ENGINEERING DRAWING 1

POLIGON

Membina segitujuh sama diberi ukuran sempadan.

 Langkah – langkahnya:

    i. Satu garis AB dengan ukuran sempadan yang diberi dilukis .
   ii. Berpusatkan di B dan berjejarikan BA, separuh bulatan dilukis
       supaya bersilang di Q.
  iii. Selepas itu, separuh bulatan itu dibahagikan pada jumlah bilangan
       sempadan poligon( 180°/ 7 ).
  iv. Dari B garisan ke 2 dilukis untuk membentuk sempadan yang
       seterusnya.
  v. Seterusnya AB dan B2 dibahagikan kepada dua supaya bersilang
      di P.
  vi. Berpusatkan P dan berjejarikan PA satu bulatan dilukis.
 vii. Akhirnya dengan ukuran AB, setiap sempadan ditanda sehingga
      membentuk segitujuh sama ABCDEFG seperti dalam rajah 2.30.









WORKSHOP SAFETY

JENIS JENIS ALAT PEMADAM API

1.1.      Kelas A
Kebakaran bahan biasa mudah terbakar atau bahan bersabut. Contoh kayu, kertas, kain, getah dan plastik.
1.2.     Kelas B
Kebakaran cecair mudah terbakar contoh minyak tanah, minyak gas, cat, petrol dan propane.
1.3.     Kelas C
Kebakaran disebabkan oleh peralatan/peranti elektrik yang mempunyai bekalan kuasa contoh suis, kotak panel agihan, wayar litar dan motor.
1.4.     Kelas D
Kebakaran logam mudah terbakar seperti magnesium, potassium, sodium, titanium. Logam ini terbakar ketika suhu yang tinggi dan mengeluarkan oksigen untuk menyokong pembakaran.


PEMADAM API SERBUK KERING ABC

 
Berat: 12kg atau 3kg
Warna: Biru
Jenis api yang boleh dipadamkan: A,B dan C
Catatan : Boleh digunakan sekali sahaja, serbuknya boleh merosakkan logam, enjin dan badan kenderaan, berbahaya kepada makanan.



PEMADAM API KARBON DIOKSIDA


Berat: 3kg
Warna: Hitam
Jenis api yang boleh dipadamkan: Api dari peralatan elektrik
Catatan: Tidak sesuai untuk persekitaran terbuka


PEMADAM API SERBUK KERING ABC


Berat: 12kg dan 3kg
Warna: Merah
Jenis api yang boleh dipadamkan: A, B, C dan api dari peralatan elektrik
Catatan: Boleh digunakan sekali sahaja.