Membina
segitujuh sama diberi ukuran sempadan.
Langkah –
langkahnya:
i. Satu garis AB
dengan ukuran sempadan yang diberi dilukis .
ii. Berpusatkan di B
dan berjejarikan BA, separuh bulatan dilukis
supaya
bersilang di Q.
iii. Selepas itu,
separuh bulatan itu dibahagikan pada jumlah bilangan
sempadan
poligon( 180°/ 7 ).
iv. Dari B garisan
ke 2 dilukis untuk membentuk sempadan yang
seterusnya.
v. Seterusnya AB dan
B2 dibahagikan kepada dua supaya bersilang
di
P.
vi. Berpusatkan P
dan berjejarikan PA satu bulatan dilukis.
vii. Akhirnya dengan
ukuran AB, setiap sempadan ditanda sehingga
membentuk segitujuh sama ABCDEFG seperti dalam rajah 2.30.
No comments:
Post a Comment