Tuesday 26 April 2016

PIPE FABRICATION MATERIAL PREPARATION

Pengenalan kepada jenis - jenis Tap

Tap mempunyai tiga atau empat lurah pemotongan dibahagian batang hingga kebahagian hujungnya.  Lurah-lurah ini membentuk tepi pemotongan disamping berfungsi sebagai lorong untuk tatal keluar dengan mudah dan juga lorong untuk bendalir pemotongan turun ke tepi pemotongan.  Ia digunakan khusus untuk memotong benang dalam.

Batang tap berbentuk lurus, kepalanya berbentuk segiempat sama supaya boleh diputar dengan perengkuh.  Saiz dan jenis benang ditandakan pada bahagian batangnya.  Tap diperbuat daripada keluli berkarbon atau keluli tahan lasak yang dikeraskan atau dibaja.  Ia terdiri daripada berbagai-bagai saiz dalam ukuran metrik dan inchi.


Benang skru ialah ulir di sekeliling bolt,skru atau dalam lubang membentuk nat .Benang yang dibentuk disebelah dalam lubang atau nat dinamakan bebenang dalam.

Tap diperbuat beregu bagi setiap set dan ianya mengandungi tiga jenis tap iaitu:
1.    Tap Tirus
2.    Tap Palam
3.    Tap Bottoming


Tap Tirus
Bahagian hujung iaitu enam gigi ulirnya dan ditiruskan.  Fungsinya ialah supaya tap mudah masuk untuk memulakan pemotongan.  Bentuk tap ini yang tirus memudahkan ia berada dalam kedudukan tegak.

Tap Palam
Hanya tiga atau empat ulir dibuat tirus.  Tap ini digunakan selepas tap tirus, bagaimanapun dalam kerja-kerja harian tap palam ini jarang digunakan.

Tap Bottoming
Jenis ini mempunyai 1 atau 2 gigi ulir yang ditiruskan dihujungnya.  Tap bottoming boleh memotong ulir sehingga ke dasar lubang dan ianya sesuai digunakan untuk mengulir dalam lubang buntu.



No comments:

Post a Comment